Monday, May 22, 2006

Demam nak jalan?



Husaini tengah demam sekarang nie. Waktu yang sama, dia pun selesema. Selalu bila budak demam macam nie, orang tua-tua selalu kata, yang dia nak pandai buat sesuatu.

Entahlah, maybe Husaini nak boleh jalan kot. Dia dah boleh berdiri stabil. Menapak pun boleh setapak dua, cuma dia belum yakin lagi. Hopefully, dalam seminggu dua nie, Husaini dah boleh jalan.

Monday, May 15, 2006

Flashback: Husaini umur 1 hari


Saja nak letak gambar Amir Husaini masa umur 1 hari. Dia lahir jer rambut dia lebat, macam ayah dia masa lahir.. hehehe.

Tuesday, May 09, 2006

Meratus



Mak Tok cakap Husaini dah pandai meratus. Maknanya dah banyak cakap, walaupun apa yang dia cakap tu orang lain tak faham. Macam mana pun, Husaini dah boleh ikut apa yang orang cakap, terutamanya kalau perkataan mudah. Dia biasanya akan sebut suku kata akhir perkataan yang disebut.

Meriah gak ler sekarang nie, sebab dah boleh sembang dengan Husaini. Taklah sunyi sangat bila di rumah.

Friday, May 05, 2006

Didik anak

Antara perkara yang paling dibimbangi oleh saya sebelum bergelar ayah ialah bagaimana caranya nak mendidik anak tentang Islam. Apa lagi dalam dunia yang penuh dengan pelbagai macam dugaan ini, pastinya kebimbangan ini amat berasas. Hingga hari ini, setelah setahun bergelar ayah, kebimbangan ini masih kuat.

Saya teringat waktu Amir Husaini masih di dalam kandungan mamanya. Dia amat aktif dan responsif. Waktu itu mamanya sibuk dengan 2 semester akhir pengajian Sarjana Pendidikannya di UM. Kata mama Husaini, tiap-tiap kali dalam kuliah, waktu pensyarah bercakap, Husaini cukup aktif. Saya gembira mendengar perkara ini kerana bagi saya, itu petanda positif yang Amir Husaini, insya-Allah Taala, akan menjadi seorang yang cintakan ilmu. Setakat ini telah nampak tanda-tanda ini. Husaini cukup minat dengan buku. Tak kiralah, buku ABC ke, majalah ke, buku ayah dia ke, dia akan ambil dan minta siapa-siapa yang ada untuk bacakan kepadanya. Bila baca, dia dengar dengan setia. Ada kalanya dia turut menyebut perkataan yang kita sebut.

Saya juga teringat waktu Amir Husaini di dalam kandungan, mak mertua saya pesan suruh baca 3 surah untuk didengari oleh bayi yang sedang dikandung. Surah Yunus, supaya mamanya senang bersalin. Surah Luqman, supaya nasihat-nasihat berguna Luqman al-Hakim didengar oleh bayi. Surah Yusuf, supaya bayi yang dikandung mempunyai rupa paras yang cantik dan sempurna. Saya lakukan semua ini, dan berdoa setiap hari setiap kali solat moga Amir Husaini menjadi seorang anak yang beriman, beramal soleh, bertaqwa dan berilmu pengetahuan. Amin!

Saya juga teringat waktu Amir Husaini lahir ke dunia ini. Bila diserahkan bayi comel ini ke tangan saya untuk diazankan, dia berhenti menangis. Bila saya laungkan azan, saya perhati wajahnya. Dia melihat saya dengan penuh taat, seolah-olah menghayati setiap perkataan yang saya laungkan di dalam azan itu. Saya hampir sebak kegembiraan kerana tidak sangka puteraku ini akan khusyuk mendengar azan.

Hingga hari ini, setiap kali azan berkumandang sama ada di tv atau di surau berhampiran, Amir Husaini akan berhenti dari apa yang dilakukannya. Dia akan dengan azan dengan khusyuk, dan akan menarik tangan orang yang berada dengannya seolah-olah memberitahu yang azan sedang berkumandang. Kalau azan di tv, dia akan merangkak dengan laju ke depan tv untuk dengan azan yang sedang bergema.

Setiap kali saya atau mamanya solat di rumah, Amir Husaini akan merangkak untuk melihat kami solat. Sering kali dia seperti mahu solat sama. Bila dia berada di atas sejadah, dia akan sujud. Dan dia juga sudah pandai sebut "Allah!"

Saya juga tersentuh, kerana Amir Husaini walaupun usianya masih kecil dan belum mengerti banyak perkara, sudah pandai menghulurkan tangan untuk menyambut salam orang. Bukan setakat salam, dia juga akan menarik tangan orang itu untuk diciumnya.

Saya cuma doakan yang terbaik untuk anakku Amir Husaini. Saya cuma boleh berikannya pendidikan dan persiapan sekadar termampu, tetapi saya berikan yang terbaik. Saya berdoa moga Allah Taala memberikan saya kekuatan dan kebijaksanaan untuk mendidik Amir Husaini.

Amin!

Thursday, May 04, 2006

Amir Husaini dah pandai...

Amir Husaini dah masuk umur setahun, dan dah pandai buat beberapa perkara:
  1. Dah pandai acah ayah dgn mama
  2. Dah pandai meniti sambil pegang sofa / katil
  3. Dah pandai tengok iklan kat tv
  4. Dah pandai cakap perkataan monosyllable spt dok (duduk), tik (itik), nak, mai (mari), tok, ma (mama) dan beberapa lagi
  5. Dah pandai guna isyarat, misalnya tunjuk jari kat mulut bila lapar, tunjuk kat objek yang nak dipegang, tepuk bila seronok, lambai bila bye-bye, angkat 2 tangan bila nak suruh dukung, dsb.
  6. Dah tahu cemburu bila tok dukung sepupu
  7. Dah tahu buat bunyi binatang macam harimau, singa dan itik.
  8. Dah pandai suruh ayah dgn mama baca buku cerita.

Itulah Amir Husaini. Berat umur 1 tahun cecah 9.2 kg. Tapi tak nampak bulat sebab orangnya tinggi ikut Arwah Tok Dali dia.

Tuesday, May 02, 2006

Happy birthday, Amir Husaini


One year ago today, Shaikh Amir Husaini, our pride and joy was born to this world. He has brought happiness to our lives. Today, he is one year-old. And today, I begin his blog which will chronicle his life, in the hope that one day when he is old enough, he will be able to read back all the jottings of his early life.

I love you, son.