Friday, October 31, 2008

Nasihat Husaini kepada ayah

Semalam ayah terjatuh tangga di pejabat. Kaki ayah terpelecok dan bengkak, hingga sukar nak berjalan.

Hari ini baru Amir Husaini tahu yang kaki ayah bengkak bila nampak kaki ayah ada bandage. Husaini tanya macam mana boleh sakit. Ayah kata ayah jatuh tangga.

Lepas tu, Husaini pun bagi nasihat kat ayah.
"Ayah turun tangga kena pelan-pelan. Tangga tu tinggi. Tangga tu keras."
Tiga kali Husaini ulang ayat tu. Terdiam ayah tak terkata apa.

Monday, October 06, 2008

Dalam ketupat ada nasi

Selepas Maghrib semalam, ayah bawa seisi keluarga pergi Carrefour untuk beli barang. Dalam perjalanan ke Carrefour di Wangsa Maju, Amir Husaini nampak lampu-lampu perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berupa seperti ketupat. Ini kali pertama Husaini nampak lampu-lampu nie di sebelah malam. Kalau di sebelah malam, tentulah menarik sebab lampu-lampu semuanya dinyalakan menyerikan suasana Aidilfitri di malam hari.

Jadi bermulalah dialog di antara mama dengan Amir Husaini:
Amir Husaini: Mama, itu apa?
Mama: Itu lampu.
Amir Husaini: Lampu ketupat?
Mama: Ya, lampu ketupat.
Amir Husaini: Dalam ketupat ada nasi?
Ermmm, terdiam sekejap. Tinggi imaginasi anak ayah yang seorang nie. Kalau dalam lampu ketupat ada nasi, tak taulah apa nak jadi. Hangit agaknya sebab panas mentol lampu tu.

Friday, October 03, 2008

Ragam raya

Tahun ini, Amir Husaini tak berapa sihat masa Hari Raya. Jadi mood dia tak berapa baik pada hari pertama Aidilfitri. Macam manapun, sempatlah juga dirakamkan beberapa aksi Amir Husaini pada pagi Hari Raya pertama (waktu mood tengah okay).