Sunday, July 26, 2009

Komputer

Amir Husaini sekarang nie dah pandai main komputer ayah. Dulu setakat guna komputer kanak-kanak yang mengajar mengenal huruf dan nombor. Minggu lepas, sengaja ayah benarkan Husaini guna laptop ayah sebab dalam tu ada permainan untuk kanak-kanak. Dalam masa dua hari, Husaini dah membiasakan diri dengan penggunaan mouse, dan mampu mengawal pergerakan cursor. Cumanya ayah tak ajar Husaini cara nak on dan off komputer. Jadi kalau nak guna, Husaini masih kena tunggu ayah ada.

Tapi rasanya lambat-laun, Husaini akan terer bab guna komputer nie. Silap-silap bila masuk Tahun 1 nanti, dia lagi hebat dari ayah.

Sunday, July 19, 2009

Aquaria III

Semalam Amir Husaini beritahu yang dia nak tengok ikan berenang. Jadi ayah pun janji nak bawa Husaini ke Aquaria.

Maka pagi tadi, Husaini dibawa ke Aquaria. Mama dan adik pun ikut sama. Ini kali ketiga Husaini ke sana. Dan memang ikan-ikan yang ada terutamanya yang besar-besar mengujakan Husaini, sampaikan masuk dalam terowong dua kali sebab tak puas tengok.

Selesai pusing di Aquaria, seperti biasa akan singgah di kedai cenderamata Atlantis. Tidak banyak benda baru di situ. Macam manapun, Husaini pilih satu fridge magnet yang pernah dimilikinya dulu. Fridge magnet yang sebelum ini dah rosak sebab selalu jatuh. So, hari ini beli satu sebagai ganti.

Catatan ke Aquaria sebelum ini boleh dibaca di sini dan sini.

Friday, July 17, 2009

Pinano

Weekend lepas, Amir Husaini ke Kuantan dengan keluarga untuk hantar Khala Liyana balik ke kampus. Masa di Kuantan, Mak Tok belikan Husaini permainan piano.

Cumanya, Husaini tak sebut "piano".

Disebutnya "pinano".