Entah di manalah Husaini dapat idea buat macam tu sebab tak ada siapa di rumah yang ajar. Ini mesti pengaruh tv nie.
To resign or not to resign
12 years ago
This blog chronicles the life of my beloved eldest son, Shaikh Amir Husaini.
"Ayah turun tangga kena pelan-pelan. Tangga tu tinggi. Tangga tu keras."Tiga kali Husaini ulang ayat tu. Terdiam ayah tak terkata apa.
Selepas Maghrib semalam, ayah bawa seisi keluarga pergi Carrefour untuk beli barang. Dalam perjalanan ke Carrefour di Wangsa Maju, Amir Husaini nampak lampu-lampu perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berupa seperti ketupat. Ini kali pertama Husaini nampak lampu-lampu nie di sebelah malam. Kalau di sebelah malam, tentulah menarik sebab lampu-lampu semuanya dinyalakan menyerikan suasana Aidilfitri di malam hari.Amir Husaini: Mama, itu apa?Ermmm, terdiam sekejap. Tinggi imaginasi anak ayah yang seorang nie. Kalau dalam lampu ketupat ada nasi, tak taulah apa nak jadi. Hangit agaknya sebab panas mentol lampu tu.
Mama: Itu lampu.
Amir Husaini: Lampu ketupat?
Mama: Ya, lampu ketupat.
Amir Husaini: Dalam ketupat ada nasi?
Amir Husaini: Ayah, tertinggal CD Spider-Man. Nanti ayah bawa sat.Ringkas tapi padat.
Ayah: OK, nanti ayah bawa CD Spider-Man.
Amir Husaini: OK... bye!
Amir Husaini: Mama kat mana nie?
Mama: Mama dekat rumah laa...
Amir Husaini: Rumah kat naa?
Mama: Rumah KL laa...
Amir Husaini: Husaini lupa ambik buku laa...
Mama: Buku yang mana?
Amir Husaini: Buku yang satu tu laa...
Mama: Buku yang satu tu yang mana?
Amir Husaini: Yang ada ABC tuuu... yang kaler-kaler... Nanti mama bawa sat...
Mama: OK... nanti mama bawa balik.
Amir Husaini: OK byeee!
Amir Husaini dah boleh speaking bila mengira. Misalnya bila main kereta mainan dia yang entah berapa banyak tu, dia akan susun satu per satu sambil kira.
Hari nie, ayah bawa semua orang pergi Universiti Malaya sempena Festival Konvokesyen UM 2008. Hari nie last day, so tak ramai orang di festival tu sebelah petang. Kebanyakan gerai pun dah mula tutup.
Masa ayah kecil dulu, ayah suka tengok siri Ultraman (yang original). Masih terngiang-ngiang lagi di telinga, "Hayata bertukar menjadi Ultraman."