Selepas Maghrib semalam, ayah bawa seisi keluarga pergi Carrefour untuk beli barang. Dalam perjalanan ke Carrefour di Wangsa Maju, Amir Husaini nampak lampu-lampu perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berupa seperti ketupat. Ini kali pertama Husaini nampak lampu-lampu nie di sebelah malam. Kalau di sebelah malam, tentulah menarik sebab lampu-lampu semuanya dinyalakan menyerikan suasana Aidilfitri di malam hari.Jadi bermulalah dialog di antara mama dengan Amir Husaini:
Amir Husaini: Mama, itu apa?Ermmm, terdiam sekejap. Tinggi imaginasi anak ayah yang seorang nie. Kalau dalam lampu ketupat ada nasi, tak taulah apa nak jadi. Hangit agaknya sebab panas mentol lampu tu.
Mama: Itu lampu.
Amir Husaini: Lampu ketupat?
Mama: Ya, lampu ketupat.
Amir Husaini: Dalam ketupat ada nasi?
No comments:
Post a Comment