Wednesday, December 16, 2009

Haji kecil

Mungkin orang yang paling gembira dengan kepulangan Tok Abah dan Mak Tok dari tanah suci Makkah ialah Amir Husaini. Sepanjang ketiadaan datuk dan neneknya, setiap hari Husaini akan bertanyakan tentang mereka.

Apabila kedua-duanya pulang, banyak buah tangan yang dibawa untuk cucu-cucu kesayangan. Husaini dan adiknya Ammar Qusyairi dapat jubah dan kopiah. Husaini dah mencuba pakai jubah tapi sayang tak sempat nak ambil gambar. Yang ada gambar di sebelah. Tak ubah macam Haji Kecil.

Thursday, December 10, 2009

Kunjungan pertama ke Zoo Negara

Sudah beberapa kali ayah hendak bawa Amir Husaini dan Ammar Qusyairi ke Zoo Negara. Namun hasrat ini tidak kesampaian sehinggalah seminggu sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Ini kali pertama kedua-dua beradik ini ke Zoo Negara. Bagi ayah, ini kali kedua ayah ke sana. Kali pertama pada tahun 1983!

Bagi Amir Husaini, pengalaman ke Zoo Negara memang menyeronokkan. Nampak benar dia enjoy kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis haiwan di situ. Husaini paling seronok semasa menonton persembahan haiwan yang melibatkan burung kakaktua dan anjing laut.

Antara haiwan yang paling mendapat perhatian Husaini ialah beruang, badak air, gajah, zirafah dan harimau belang. Cuma sayang, hajat Husaini nak tengok sangat penguin tak kesampaian. Pada hari kami ke Zoo Negara, tiada penguin yang kelihatan. Agaknya sedang maintenance pada masa itu.

Insya-Allah ada kelapangan nanti, boleh dibawa lagi kedua-dua beradik ini ke sana. Malah Husaini pun ada beberapa kali menyatakan hasratnya mahu ke Zoo Negara lagi.

Saturday, October 17, 2009

Doktor gigi

Buat pertama kali, Amir Husaini berjumpa dengan doktor gigi pada hari Khamis yang lalu. Ayah bawa Husaini ke Klinik Dr Fauziah di Taman Melawati. Klinik gigi ini direkemen oleh Pak Anjang. Kata Pak Anjang, Dr Fauziah pandai ambil hati kanak-kanak.

Memang benar. Dr Fauziah seorang yang mesra dengan kanak-kanak. Husaini, walaupun pada awalnya nampak sedikit gemuruh, menjadi tenang semasa duduk di atas kerusi pemeriksaan. Malah, suasana di dalam klinik amat ceria dan mesra kanak-kanak. Ada dua akuarium besar yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Ada krayon dan kertas lukisan untuk mengisi masa sementara menunggu giliran. Ada buku kanak-kanak yang boleh dibaca.

Husaini kena tampal 2 batang gigi. Alhamdulillah, sepanjang proses penampalan, Husaini nampak rileks. Dan selepas selesai semuanya, Husaini diberikan stiker Ben 10.

Petang tadi, apabila ayah pulang dari pejabat, Husaini terus berkata, "Ayah, nak pergi doktor gigi!"

Sunday, July 26, 2009

Komputer

Amir Husaini sekarang nie dah pandai main komputer ayah. Dulu setakat guna komputer kanak-kanak yang mengajar mengenal huruf dan nombor. Minggu lepas, sengaja ayah benarkan Husaini guna laptop ayah sebab dalam tu ada permainan untuk kanak-kanak. Dalam masa dua hari, Husaini dah membiasakan diri dengan penggunaan mouse, dan mampu mengawal pergerakan cursor. Cumanya ayah tak ajar Husaini cara nak on dan off komputer. Jadi kalau nak guna, Husaini masih kena tunggu ayah ada.

Tapi rasanya lambat-laun, Husaini akan terer bab guna komputer nie. Silap-silap bila masuk Tahun 1 nanti, dia lagi hebat dari ayah.

Sunday, July 19, 2009

Aquaria III

Semalam Amir Husaini beritahu yang dia nak tengok ikan berenang. Jadi ayah pun janji nak bawa Husaini ke Aquaria.

Maka pagi tadi, Husaini dibawa ke Aquaria. Mama dan adik pun ikut sama. Ini kali ketiga Husaini ke sana. Dan memang ikan-ikan yang ada terutamanya yang besar-besar mengujakan Husaini, sampaikan masuk dalam terowong dua kali sebab tak puas tengok.

Selesai pusing di Aquaria, seperti biasa akan singgah di kedai cenderamata Atlantis. Tidak banyak benda baru di situ. Macam manapun, Husaini pilih satu fridge magnet yang pernah dimilikinya dulu. Fridge magnet yang sebelum ini dah rosak sebab selalu jatuh. So, hari ini beli satu sebagai ganti.

Catatan ke Aquaria sebelum ini boleh dibaca di sini dan sini.

Friday, July 17, 2009

Pinano

Weekend lepas, Amir Husaini ke Kuantan dengan keluarga untuk hantar Khala Liyana balik ke kampus. Masa di Kuantan, Mak Tok belikan Husaini permainan piano.

Cumanya, Husaini tak sebut "piano".

Disebutnya "pinano".

Saturday, May 02, 2009

Ulang tahun kelahiran keempat

Tarikh 2 Mei menjadi tarikh penting bagi Amir Husaini. Pada tarikh ini, Husaini lahir ke dunia empat tahun yang lalu. Sempena ulang tahun keempat Husaini ini, ayah dan mama ucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kejayaan Husaini dunia dan akhirat.

Monday, January 12, 2009

Bouncing ball

Agak lama ayah tak mencoretkan apa-apa di blog Amir Husaini ini.

Sekarang ini, vocabulary Husaini terutamanya dalam bahasa Inggeris sudah semakin banyak. Mungkin pengaruh tv, kerana Husaini cukup minat dengan channel Playhouse Disney.

Baru-baru ini, ayah pasang komputer dan terus online Internet. Dan seperti biasa, ayah juga akan pasangkan Yahoo Messenger. Kebetulan Husaini ada di tepi pada masa itu. Bila dilihat sahaja ikon Yahoo Messenger yang berupa smiley face melantun-lantun sewaktu hendak dionlinekan, Husaini terus sebut "bouncing ball".

Entah siapa yang ajar istilah itu kepada Husaini. Tetapi ayah gembira juga kerana nampaknya dia boleh mengaitkan perkataan "bouncing ball" itu kepada apa yang dilihatnya.