Tuesday, January 16, 2007

Aiskrim

Biasanya kanak-kanak minat makan aiskrim. Semalam Mama Husaini beli aiskrim. Nampaknya bila disuap aiskrim kepada Husaini, dia tak berapa suka. Belum pernah lagi jumpa kanak-kanak yang tak suka aiskrim.

Oh, well... agaknya there's a first time for everything.

Wednesday, January 03, 2007

Petah

Masuk tahun baru nie, nampaknya Amir Husaini dah semakin petah bercakap. Bagi usianya yang baru mencecah 1 tahun 8 bulan, nampaknya dia dah boleh berkomunikasi dengan orang. Ada masa tu, sampai tak terlayan buah butir yang terucap dari mulut Husaini.

Apapun, alhamdulillah, sebab Husaini agak cepat belajar bercakap. Tak payah nak risau nak cari daging burung rebus buat sup bagi dia makan.

Friday, December 29, 2006

Salam Aidiladha

Daripada Shaikh Amir Husaini dan keluarga, diucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada semua pengunjung blog ini.

Monday, December 18, 2006

Tidur lewat

Sejak Amir Husaini baik demam nie, waktu tidur dia dah mula lari dari kebiasaan. Sekarang nie paling awal dia bangun pukul 8.30. Hari nie dia bangun pukul 9.45 pagi, itupun kena kejut. Semenjak kebelakangan nie juga dia tidur lewat. Mula-mula pukul 12 tengah malam, lepas tu 12.30, lepas tu jadi pukul 1 pagi. Semalam pukul 1.30 baru dia tidur.

Nampaknya kena adjust balik timing tidur Husaini. Kalau tidak nanti, susah bila dah buka sekolah.

Thursday, December 14, 2006

Kembali sihat

Alhamdulillah, selepas hampir seminggu Amir Husaini muntah dan cirit-birit, dia dah kembali sihat semenjak dua hari lepas. Sekarang nie pun Husaini dah semakin lasak dan aktif. Tidur pun kebelakangan nie dah mula agak lewat. Semalam Husaini tidur sekitar jam 12 tengah malam - satu rekod baru! Tak kisahlah... yang penting sihat.

Thursday, December 07, 2006

Belajar dari anak

Seperti yang dicatatkan sebelum ini, Husaini tak berapa sihat baru-baru ini. Mula-mula muntah, lepas tu cirit-birit. Semua ini menyebabkan Husaini tak berapa cergas. Namun, di sebalik itu, Husaini nampak kuat semangat. Dia masih nak main dengan mainan, nak naik basikal dan sebagainya walaupun dia tak larat.

Ini satu pengajaran untuk kita semua. Walau apapun kepayahan yang mendatang, kita kena tabah dan kuat semangat.

Monday, December 04, 2006

Makan kenduri

Semalam Amir Husaini pergi makan kenduri di 2 tempat. Satu di restoran di Batu 9 Cheras, satu lagi di rumah di Kampung Pandan. Alhamdulillah, Husaini tak rasa janggal bila pergi kenduri. Cuma hari nie Husaini start muntah dan tak selera makan. Doktor kata mungkin silap makan. Agaknya Husaini belum sedia makan nasi minyak kot?

Wednesday, November 15, 2006

Jejaka idaman Malaya

Ini gambar Amir Husaini yang diambil masa Hari Raya yang lepas. Probably the best picture of Amir Husaini setakat ini.

Tuesday, November 07, 2006

ABC 123

Sekarang nie Husaini dah boleh ikut orang mengira. Kalau dalam BM, dia boleh ikut orang sebut dari 1 sampai 10. Kalau dalam BI, dia boleh ikut dari 1 hingga 5.

Masa balik Kulim untuk raya hari tu, Husaini siap ikut mama sebut dari A sampai Z.

It's a good start. Harapnya lepas nie, Husaini boleh kenal huruf dan angka dengan cepat, insya-Allah.

Tuesday, October 31, 2006

Perkataan baru

Banyak perkataan baru yang Husaini dah kuasai sekarang. Nak communicate dengan Husaini pun dah semakin mudah sebab dia dah tahu cakap sepatah-sepatah. Dia pun dah mula buat ayat guna dua perkataan.

Tapi ada satu perkataan yang ayah tak sangka Husaini boleh tahu semuda usia sekarang. Husaini memang minat tengok orang naik motosikal sama ada di atas jalan atau perlumbaan yang disiar di tv. Dua malam lepas bila Husaini tengok berita ada visual orang naik motor, terus dia sebut...

REMPIT...

Baru nak cecah setahun setengah dah tahu perkataan rempit.

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri


Dalam kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Moga Aidilfitri ini membawa keceriaan dan kesepakatan sesama kita, insya-Allah.

Monday, October 16, 2006

Demam panas

Dah lama tak mencoret dalam blog Husaini nie. Sekarang nie Husaini tengah demam panas. Nak masuk hari ketiga. Masa hari pertama demam dah jumpa doktor. Tapi nampak macam belum kebah lagi. Kalau masih belum elok, esok kena pergi doktor semula.

Husaini sekarang dah banyak cakap. Banyak perkataan yang dia dah kenal, dan mula buat ayat dua perkataan. Sehari dua nie pun, dalam demam-demam, dah mula belajar lompat. Agaknya demam nak lompat. Gigi Husaini pun ada beberapa batang nak tumbuh lagi. Mungkin semua nie menyumbang kepada demam Husaini.

Apapun, ayah doakan Husaini cepat sembuh. Hari Sabtu nie nak balik kampung untuk raya. Harapnya Husaini dapat beraya dalam keadaan ceria dan sihat hendaknya, insya-Allah.

Wednesday, September 20, 2006

Dialog dengan Amir Husaini


Diperturunkan satu dialog antara ayah (A) dengan Amir Husaini (H).

A: Tiger bunyi macam mana?
H: Grrraaaaauuuu!!!
A: Kucing bunyi macam mana?
H: Miauuuu!!!
A: Itik bunyi macam mana?
H: Pak! Pak!
A: Burung bunyi macam mana?
H: Ceep! Ceep!
A: Nie apa? [sambil menunjuk kepada watak kartun Winnie the Pooh]
H: Pooh
A: Pooh bunyi macam mana?
H: Pooh!

Monday, September 11, 2006

Gambar Husaini di FESKUM


Seperti yang dijanji sebelum ini, gambar Husaini di Festival Konvokesyen UM (FESKUM) dah discan.

Friday, September 08, 2006

Cakap Jerman


Sekarang nie makin banyak perkataan yang mula disebut Husaini. Biasanya dia mula dengan mengajuk apa yang dicakap oleh orang lain. Husaini akan sebut perkataan tu berulang kali sampai kekadang tu bersembur air liur.

Kalau kena mood Husaini nak bercakap, memang riuh rumah dibuatnya. Biasanya keluar perkataan-perkataan Jerman dan Greek, tapi di celah-celah tu, adalah perkataan-perkataan yang boleh kita faham.

Ada juga masa terkeluar perkataan-perkataan tertentu yang tanpa disangka boleh disebut oleh Husaini. Biasanya kalau jadi camnie, mama dengan ayah akan saling berpandangan sambil mengukir senyuman.

Monday, August 28, 2006

Hello! Hello!

Pagi nie, Husaini bangun awal. Pukul 6.15 Husaini dah jaga. Entah macam mana, Husaini nampak handphone ayah. Terus dia capai, letak kat telinga. Memang itu biasalah Husaini buat. Cuma untuk kali pertama, ayah dengar Husaini sebut, "hello, hello" masa letak handphone di telinga.
Husaini cakap dengan tepon mainan

Nampaknya lepas nie boleh suruh Husaini angkat telefonlah agaknya. Seronok dengan Husaini sebut perkataan-perkataan baru. Memang seminggu dua kebelakangan nie, Husaini banyak sebut perkataan baru dan ajuk apa yang disebut oleh orang lain. Alhamdulillah, nampaknya Husaini nie bukan jenis yang berat mulut. Moga Husaini menjadi orang yang petah berkata-kata nanti, insya-Allah.

Tuesday, August 22, 2006

Balik kampung


Cuti sekolah nie, Amir Husaini balik Kulim. Cuma cuaca di Kulim sedikit panas. Ayah pulak kena balik KL semula sebab ada kerja. Sekurang-kurangnya, Husaini dapat jumpa saudara-mara dan sepupu-sepapat di kampung.

Monday, August 14, 2006

Amir Husaini di FESKUM 2006

Semalam Amir Husaini pergi ke hari terakhir Festival Konvokesyen UM 2006. Sampai di sana, Husaini bergambar di studio dengan ayah dan mama untuk kenangan sempena Konvokesyen (gambar akan diletakkan sebaik diimbas).

Memang seronok tengok telatah Husaini di UM. Ayah doakan Husaini akan jadi seorang pelajar cemerlang supaya dapat menjejakkan kaki di menara gading suatu hari nanti, insya-Allah.

Monday, August 07, 2006

Mama pergi kursus

Kesian Husaini...

Esok lepas mama habis konvo, mama akan terus ke Shah Alam sebab kena hadir kursus 3 hari. Nampaknya Husaini kena tidur dengan ayah sorang ler.

Takper, nanti mama balik boleh ambil gambar tiga beranak dengan pakaian konvo.

Tuesday, August 01, 2006

15 bulan

Gambar Husaini dengan Mama

Dah lama ayah tak mencoret dalam blog Husaini. Husaini akan cecah usia 15 bulan dalam masa 2 hari lagi. Sekarang Husaini dah makin bijak. Makin banyak perkataan yang Husaini dah mula faham, dan mula cakap walaupun mungkin sebutannya belum lancar.

Husaini memang minat dengan kereta, motor, traktor, lori, kapal terbang dan helikopter. Pantang nampak, mesti nak tengok. Koleksi kenderaan di rumah pun dah makin banyak. Husaini memang dari dulu minat main bola. Sekarang bola di rumah dah tak terkira jumlahnya. Memang ayah enjoy waktu main bola dengan Husaini.

Memang betul kata orang... suatu pengalaman yang indah menyaksikan anak sedang membesar.