Sudah beberapa kali ayah hendak bawa Amir Husaini dan Ammar Qusyairi ke Zoo Negara. Namun hasrat ini tidak kesampaian sehinggalah seminggu sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Ini kali pertama kedua-dua beradik ini ke Zoo Negara. Bagi ayah, ini kali kedua ayah ke sana. Kali pertama pada tahun 1983!
Bagi Amir Husaini, pengalaman ke Zoo Negara memang menyeronokkan. Nampak benar dia enjoy kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis haiwan di situ. Husaini paling seronok semasa menonton persembahan haiwan yang melibatkan burung kakaktua dan anjing laut.
Antara haiwan yang paling mendapat perhatian Husaini ialah beruang, badak air, gajah, zirafah dan harimau belang. Cuma sayang, hajat Husaini nak tengok sangat penguin tak kesampaian. Pada hari kami ke Zoo Negara, tiada penguin yang kelihatan. Agaknya sedang maintenance pada masa itu.
Insya-Allah ada kelapangan nanti, boleh dibawa lagi kedua-dua beradik ini ke sana. Malah Husaini pun ada beberapa kali menyatakan hasratnya mahu ke Zoo Negara lagi.