Thursday, September 25, 2008

Selera makan

Semenjak baik dari demam baru-baru nie, selera makan Amir Husaini nampaknya semakin bertambah. Cuma buat masa nie, badan Husaini masih nampak agak kurus. Tapi rasanya, lepas nie badan dia akan naik sikit.

Tak kisahlah, yang penting Amir Husaini sihat.

Tuesday, September 16, 2008

Cerita tertinggal barang lagi

Amir Husaini dan Ammar Qusyairi akan berada di kampung sehingga Hari Raya nanti. Jadi masa balik kampung minggu lepas, banyaklah barang-barang Husaini yang dibawa sama (termasuklah mainan). Semalam masa cakap dengan mama, Husaini minta bawakan buku-buku miliknya. Insya-Allah hujung minggu nie, ayah dan mama akan bawa balik buku-buku Husaini.

Semalam, sekitar jam 9.30 tiba-tiba telefon berdering. Mak Tok telefon, katanya Husaini nak cakap. Berikut dialog dengan Husaini:
Amir Husaini: Ayah, tertinggal CD Spider-Man. Nanti ayah bawa sat.
Ayah: OK, nanti ayah bawa CD Spider-Man.
Amir Husaini: OK... bye!
Ringkas tapi padat.

Monday, September 15, 2008

Cerita tertinggal buku

Dialog panggilan telefon di antara Amir Husaini (di Kulim) dengan mama (di KL):
Amir Husaini: Mama kat mana nie?
Mama: Mama dekat rumah laa...
Amir Husaini: Rumah kat naa?
Mama: Rumah KL laa...
Amir Husaini: Husaini lupa ambik buku laa...
Mama: Buku yang mana?
Amir Husaini: Buku yang satu tu laa...
Mama: Buku yang satu tu yang mana?
Amir Husaini: Yang ada ABC tuuu... yang kaler-kaler... Nanti mama bawa sat...
Mama: OK... nanti mama bawa balik.
Amir Husaini: OK byeee!

Sunday, September 14, 2008

Kurang sihat

Sekarang nie Amir Husaini dan Ammar Qusyairi ada di Kulim. Cumanya Husaini demam sikit. Pagi tadi dia muntah beberapa kali. Bila pergi doktor, rupanya Husaini ada alergi. Dan alerginya menyebabkan dia muntah. Doktor dah bagi ubat, dan Husaini, alhamdulillah, tak ada masalah makan ubat.

Hopefully, Husaini akan beransur sembuh dengan segera.

Tuesday, September 09, 2008

Aksi abang dan adik

Ayah sempat rakam aksi abang dan adik baru-baru ini. Kalau Amir Husaini tengah baring, dan Ammar Qusyairi ada tak jauh dari situ, si adik akan terus merangkak ke arah abang, lalu membaringkan dirinya di sebelah abang atau kadang-kadang di atas abang. Nak manja dengan abang ler tu...

Monday, September 08, 2008

I know what to do

Kebelakangan nie dah banyak perkataan dan frasa Bahasa Inggeris yang digunakan oleh Amir Husaini. Kekadang tu tertanya-tanya juga dari mana dia pick-up perkataan dan frasa tu, dan yang menariknya dia tahu pula bila nak guna perkataan dan frasa tersebut.

Beberapa malam lepas, Amir Husaini asyik mundar-mandir dekat meja makan. Boring agaknya. Tiba-tiba, dengan aksi meletakkan jari telunjuk di dagu (seperti sedang berfikir), dia pun berkata, "I know what to do!"

Tergezut mama yang ada dekat situ bila dengar kata-kata Husaini tu.

Saturday, September 06, 2008

ERL dan KLIA

Ahad lepas sebab tak tahu apa nak buat, ayah cadangkan pergi KLIA naik ERL. Amir Husaini, Ammar Qusyairi dan mama ikut sekali.

Amir Husaini memang teruja bila naik kereta api. Ini kali pertama Husaini naik ERL ke KLIA. Masa trip ke KLIA, mulanya dia excited tapi entah pasal apa, bila dah dekat nak sampai, dia macam takut sikit. Agaknya ERL tu laju sangat kot.

Bila sampai KLIA, mula-mula pusing dulu di ruang daftar masuk di situ. Masa di situ, sempatlah Husaini tengok kapal terbang dari jauh. Memang excited habis.

Selepas itu, barulah bergerak masuk ke anjung tinjau. Di situ, Husaini dapat tengok beberapa lagi kapal terbang dari jarak dekat. Lama juga dia teruja dengan kapal terbang yang dilihat.

Selesai tengok kapal terbang, kami semua balik ke KL Sentral naik ERL. Kali ini, Husaini lebih ceria berbanding masa naik ERL ke KLIA.