Thursday, August 28, 2008

One two three

Amir Husaini dah boleh speaking bila mengira. Misalnya bila main kereta mainan dia yang entah berapa banyak tu, dia akan susun satu per satu sambil kira.

"One..., two..., three..., four..., five..., six..., seven..., eight..., nine..., ten!"

Rasanya dia banyak belajar dari tengok program-program di Playhouse Disney, terutamanya Mickey Mouse Clubhouse.

Wednesday, August 27, 2008

Melukis

Sekarang ini, Amir Husaini dah mula melukis. Kalau dulu, dia akan suruh mama atau Mak Tok lukis di kertas. Sekarang, Husaini dah "berani" untuk lukis sendiri menggunakan papan magnetik.

Kreatif juga Husaini ni. Di antara objek yang dilukis ialah pokok (daun banyak tetapi batangnya halus), roket (memang nampak macam roket), muka orang dan yang terbaru yang dilukis malam tadi ialah kucing. Walaupun kucing yang dilukis tak nampak sangat macam kucing, sekurang-kurangnya Husaini dah mula melukis sendiri.

Tuesday, August 26, 2008

Kereta baru

Pagi tadi, waktu ayah nak pergi kerja, Amir Husaini baru bangun tidur. Macam biasa, ayah beritahu Husaini yang ayah nak pergi kerja.

Husaini tanya, "Ayah pergi kerja dengan kereta baru?"

Ayah jawab, "Tak. Ayah tak beli kereta baru. Ayah jalan kaki."

Husaini balas, "Nanti ayah beli kereta baru."

Semenjak ayah jual kereta ayah, ayah jalan kaki ke pejabat. Dan semenjak itu juga, Husaini kerap tanya fasal kereta ayah. Selalu dia sebut suruh ayah beli kereta baru. Nantilah, kita tengok macam mana.

Wednesday, August 20, 2008

Sunyi

Sekarang nie mama, Amir Husaini dan Ammar Qusyairi ada di kampung sebab cuti sekolah. Ayah tinggal seorang di KL sepanjang minggu nie. Rasa sunyi ler pulak bila semua ada di kampung. Bila dengar suara Husaini dalam telefon, terasa lagilah sunyi tu.

Apapun, hujung minggu nie ayah akan balik ke kampung untuk bawa semua balik semula ke KL sebab cuti sekolah dah nak habis. Hopefully, lepas tu taklah sunyi sangat di rumah.

Sunday, August 10, 2008

FESKUM 2008

Hari nie, ayah bawa semua orang pergi Universiti Malaya sempena Festival Konvokesyen UM 2008. Hari nie last day, so tak ramai orang di festival tu sebelah petang. Kebanyakan gerai pun dah mula tutup.

Masa masuk UM, mama sempat tunjuk kat Amir Husaini asrama mama masa mama jadi student di UM antara tahun 1993 sampai 1997 dulu. Lepas tu, Husaini jalan-jalan di FESKUM. Masa di FESKUM, jumpa dengan seorang student ayah yang bagi gula-gula kat Husaini. Mama pula sempat beli tudung. Mak Tok beli telekung. Yang banyak teddy bear di gerai-gerai yang ada, tapi Husaini dah tak minat dengan teddy bear. Rasanya kalau Khala Liyana ada, mungkin dia akan beli teddy bear di FESKUM.

Hehehe...

Tuesday, August 05, 2008

Ultraman Nexus

Masa ayah kecil dulu, ayah suka tengok siri Ultraman (yang original). Masih terngiang-ngiang lagi di telinga, "Hayata bertukar menjadi Ultraman."

Sekarang nie dah macam-macam Ultraman yang ada. Dyna, Tiga, Ace, Cosmos, Gaia dan entah apa-apa lagi.

Amir Husaini punya favourite Ultraman ialah Ultraman Nexus. Punyalah minat sampai kena cari DVD Ultraman Nexus untuk Husaini.

Friday, August 01, 2008

Fountain UIA Kuantan

Lebih kurang sebulan yang lepas, Khala Liyana mendaftar di UIA Kampus Kuantan. Jadi semua orang pun ikutlah ke sana untuk hantar Khala Liyana termasuklah Amir Husaini. Masa di Kuantan, Husaini tertarik dengan fountain di depan Kulliyyah Perubatan. Dan memandangkan mama bawa kamera masa tu, jadi mama pun ambillah gambar Husaini di depan fountain tu. Punyalah excited nak ambil gambar sampai tersipu-sipu dan tersenget-senget masa bergambar. [Angle gambar yang mama ambil tu nampak macam air pancut tu keluar dari kepala Husaini].