Tuesday, October 31, 2006

Perkataan baru

Banyak perkataan baru yang Husaini dah kuasai sekarang. Nak communicate dengan Husaini pun dah semakin mudah sebab dia dah tahu cakap sepatah-sepatah. Dia pun dah mula buat ayat guna dua perkataan.

Tapi ada satu perkataan yang ayah tak sangka Husaini boleh tahu semuda usia sekarang. Husaini memang minat tengok orang naik motosikal sama ada di atas jalan atau perlumbaan yang disiar di tv. Dua malam lepas bila Husaini tengok berita ada visual orang naik motor, terus dia sebut...

REMPIT...

Baru nak cecah setahun setengah dah tahu perkataan rempit.

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri


Dalam kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Moga Aidilfitri ini membawa keceriaan dan kesepakatan sesama kita, insya-Allah.

Monday, October 16, 2006

Demam panas

Dah lama tak mencoret dalam blog Husaini nie. Sekarang nie Husaini tengah demam panas. Nak masuk hari ketiga. Masa hari pertama demam dah jumpa doktor. Tapi nampak macam belum kebah lagi. Kalau masih belum elok, esok kena pergi doktor semula.

Husaini sekarang dah banyak cakap. Banyak perkataan yang dia dah kenal, dan mula buat ayat dua perkataan. Sehari dua nie pun, dalam demam-demam, dah mula belajar lompat. Agaknya demam nak lompat. Gigi Husaini pun ada beberapa batang nak tumbuh lagi. Mungkin semua nie menyumbang kepada demam Husaini.

Apapun, ayah doakan Husaini cepat sembuh. Hari Sabtu nie nak balik kampung untuk raya. Harapnya Husaini dapat beraya dalam keadaan ceria dan sihat hendaknya, insya-Allah.